Thursday, December 31, 2009

Dan..malam pun melabuhkan tirainya...




zwani.com myspace graphic comments
Hari ini hari terakhir 2009
Betapa cepatnya masa meninggalkan kita
Banyak kenangan terpahat dalam lipatan memori
Suka,duka,pahit,manis
Semua bersatu sebagai kenangan yang paling indah untuk dikenang
Andai diberi kesempatan lagi untuk terus bernafas di muka bumi ini
Pasti hanya yang indah-indah sahaja yang kita inginkan
Namun apa jua yang telah dan akan terjadi nanti
Terimalah dengan hati yang penuh redha
Kerana semuanya telah ditentukan qada' dan qadar

Hari ini penamat segala kisah ketidaksempurnaan
Hari esok masih ada untuk terus melangkah
Andai masih lagi diberi kesempatan
Mencatat perjalanan yang masih panjang
Serta melakar sesuatu yang dipanggil kenangan!

Dan...malampun melabuhkan tirainya....
 
SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010....
SEMOGA KALIAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA...

Sunday, December 27, 2009

6 Hari Lagi!

Salam rakan-rakan sekelian....

Hari ni dah 28/12...sekolah bukak semula 3/1...waaaa...kejapnya masa berlalu...tak sedar pun yang sebenarnya Cikgu Ayu dahpun bercuti selama hampir 3 bulan ( cuti bersalin + cuti sekolah ) Begitulah masa pantas berlalu meninggalkan kita!

Tahun baru hampir menjelma...jadual baru pun Cikgu Ayu dah dapat...agak bertambah tugasan berbanding tahun ni. Kali ni, Cikgu Ayu dipertanggungjawabkan mengajar 2 kelas tingkatan 3 (3 UK & 3 PQ), 2 kelas tingkatan 2 (2 UH & 2 UK) dan 1 kelas tingkatan 4 (4 UK). Apapun, Cikgu Ayu tak kisah...berilah kelas depan ke...kelas belakang ke...semuanya Cikgu Ayu terima tanpa banyak songeh. Dah nama pun cikgu, apa jua tugas yang diberikan pada kita, terimalah dan tunaikanlah sebaik mungkin!

Dalam dok nak mempersiapkan diri untuk mengajar, Cikgu Ayu jugak dok kalut nak uruskan hal anak-anak yang akan kembali bersekolah tahun depan ni. Anak yang sulung akan naik tahun 2...yang ke dua akan sambung tadika 5 tahun...alhamdulillah segala urusan pendaftaran telahpun Cikgu Ayu jelaskan....tunggu sekolah dibuka aje...masing-masing pun dah over excited nak bergaya dengan segala kelengkapan baru!

Semoga tahun hadapan, Cikgu Ayu akan dapat mempertingkatkan lagi produktiviti kerja dan dapat melaksanakan setiap tugasan yang diberi dengan sebaik mungkin...InsyaAllah