Friday, January 29, 2010

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa PMR/SPM/STPM Kali Pertama

Hari : Khamis
Tarikh : 28 Januari 2010
Tempat : Dewan Makan Aspurina, SMKAN
Masa : 2.00 petang


telah berlangsungnya Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru bagi calon-calon PMR/SPM/STPM


Ramai juga yang datang untuk mendengar penerangan program-program yang akan dijalankan untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam tersebut

 
Urusan pendaftaran mengikut kelas

 

 
Pn Khadijah dan Pn Azlina...guru kelas tingkatan 3

Kaunselor dan pelajar-pelajar tingkatan 5

 
CA (2 dari kiri) dan kawan-kawan....

Guru-guru Naim yang berdedikasi

CA sebagai tenaga pengajar tingkatan 3 turut sama memeriahkan majlis....kena bagi sokongan kepada majlis sekolah

Semoga permuafakatan ini membawa manfaat kepada semua pihak demi meningkatkan kecemerlangan SMKA Naim Lilbanat pada peperiksaan awam nanti!

Selamat Maju Jaya buat anak-anak didikku semua!

Tuesday, January 26, 2010

Jom Bereksperimen Lagi!

Kali ni CA buat eksperimen Science lagi...kali ni pasal sifat cahaya yang boleh dipantulkan dan dibiaskan....so check it out! Tengoklah gaya students CA masa diorang buat eksperimen ari tu....

REFLECTION OF LIGHT



Tujukan sinar cahaya pada plane mirror....so akan nampaklah sinar pantulannya....apa lagi,lukis!


REFRACTION OF LIGHT



Untuk pembiasan, kena guna glass block....



Macam tadi jugak, tujukan sinar tuju pada glass block....sinar yang keluar dilukis juga....


P/S : Mekasih pd tangan2 yg telah dipaksa relakan utk tujuan pengambilan gambar ini...hehehehe

Thursday, January 21, 2010

Macam-macam Cerita Nak Dikongsi! -Cerita Part 1 : Dalam Lab


Salam kengkawan semua...lama btl CA tak update blog CA ni...maklumlah dah 3 minggu sekolah dibuka,awal-awal tahun macam ni memanglah kebizian terserlah! Banyak sangat citer yang CA nak kongsikan bersama untuk tatapan pembaca peminat CA macamle CA ni glamer sgt! rata-rata pelajar CA dah tau link blog CA ni, kemain wat promo lagi suh jengah sini tapi yang adooo......


Baik...CA nak mulakan dengan aktiviti bereksperimen yang mana CA telah lakukan dengan pelajar CA sejak minggu lepas. Macam-macam pesen dan gaya yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar CA. Nak tergelak pun ada, tapi yelah dah nama pun wat eksperimen, kenalah wat betul-betul.Kalau buat lebih kurang, nanti keputusan yang dapat tah hapa hapa pulak kan...so marilah kita layankan gambar-gambar yang sempat CA kandid paksa pelajar berlakon semasa eksperimen tu berlangsung...


Eksperimen Pertama 


To make bread by using yeast with the absence and presence of sugar


Yang ni eksperimen Biology Tingkatan 4. Kelas yang terlibat hanya kelas 4 Ummu Kalthum. Tahun ni CA hanya ngajar sekelas Bio. Maka pada hari yang telah dirancang, pelajar-pelajar CA pun mulalah buat eksperimen ni berdasarkan langkah-langkah yang telahpun CA bagitau....


 
Mula-mula timbang tepung gandum dulu....


 
Proses mencampurkan yeast kat tepung tadi

 
 Ni CA dok tunjuk cara nak menguli tepung



 
Haaa...ni time menguli tepung sampai jadi doh...masa ni terserlah ketidakpandaian bdk2 ni dalam bab-bab menguli...apa tah lagi nak buat kuih!hihihihiih


 
Aisehhh...melekat plak kat tangan! Group ni bape kali tah asyik menguli.....tak jadi-jadi...


 
Group ni dok kacau gula plak sebelum buat doh yang ke 2

Pelajar-pelajar CA walaupun semuanya pompuan, tapi time eksperimen ni lah diorang nak wat lawakla...wat kelakau la....nak tengok apa hasilnya???


 
Hah..dibuatnya plak bentuk love! Memain betul bebudak ni!

Setelah puas menguli-nguli tepung tu, maka dibiarkanlah doh tadi untuk mengembang..memang macam nak buat roti lah cara-caranya....ni nak tengok kesan mencampurkan gula pada doh sama ada makin kembang atau tidak...gambar pengembangan tak sempat CA nak snap sebab terlupa..dok kalut-kalut masa nak habis, CA suh pelajar-pelajar bawak balik ke kelas hasil usaha diorang tu...


Eksperimen Ke dua


To test for the different taste area


Yang ni plak Science Tingkatan 2. CA tahun ni macam tahun-tahun yang lepas jugak diamanahkan untuk mengajar dua kelas. 2 Ummu Habibah dan 2 Ummu Kalthum. Maka, CA pun mengarahkanla pelajar-pelajar membawa barang-barang berikut untuk menjayakan aktiviti ini......





Coffee solution, salt solution, sugar solution, vinegar
untuk test rasa masam, masin, manis dan pahit


Setelah CA terangkan apakah procedure yang perlu dilakukan, maka dengan penuh rasa gembira lagi keterujaan terserlah pelajar-pelajar CA pun mulalah buat aktiviti ni...


 
Aktiviti ni buat in pairs....so diorang kena take turn utk pastikan masing-masing kena rasa keempat-empat solution tadi...nganga luas-luas tau!


 
Malu-malu plak...apatah lagi tengok CA tengah snap aksi-aksi mereka

 

Bila rasa gula tu, oklah kot...tapi ramai yang dok kerut muka time rasa cuka tu...hihihihihi


Dan macam kebiasaannya, bila dah siap buat eksperimen ni, mestilah ada reportnya....biasanya CA akan arahkan pelajar-pelajar untuk sediakan lebih awal report tu...bila hari eksperimen cuma tulis observation/results dan discussion aje......


Kita nantikan apakah eksperimen selanjutnya ye! Tunggggguuu.....

Thursday, December 31, 2009

Dan..malam pun melabuhkan tirainya...




zwani.com myspace graphic comments
Hari ini hari terakhir 2009
Betapa cepatnya masa meninggalkan kita
Banyak kenangan terpahat dalam lipatan memori
Suka,duka,pahit,manis
Semua bersatu sebagai kenangan yang paling indah untuk dikenang
Andai diberi kesempatan lagi untuk terus bernafas di muka bumi ini
Pasti hanya yang indah-indah sahaja yang kita inginkan
Namun apa jua yang telah dan akan terjadi nanti
Terimalah dengan hati yang penuh redha
Kerana semuanya telah ditentukan qada' dan qadar

Hari ini penamat segala kisah ketidaksempurnaan
Hari esok masih ada untuk terus melangkah
Andai masih lagi diberi kesempatan
Mencatat perjalanan yang masih panjang
Serta melakar sesuatu yang dipanggil kenangan!

Dan...malampun melabuhkan tirainya....
 
SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010....
SEMOGA KALIAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA...

Sunday, December 27, 2009

6 Hari Lagi!

Salam rakan-rakan sekelian....

Hari ni dah 28/12...sekolah bukak semula 3/1...waaaa...kejapnya masa berlalu...tak sedar pun yang sebenarnya Cikgu Ayu dahpun bercuti selama hampir 3 bulan ( cuti bersalin + cuti sekolah ) Begitulah masa pantas berlalu meninggalkan kita!

Tahun baru hampir menjelma...jadual baru pun Cikgu Ayu dah dapat...agak bertambah tugasan berbanding tahun ni. Kali ni, Cikgu Ayu dipertanggungjawabkan mengajar 2 kelas tingkatan 3 (3 UK & 3 PQ), 2 kelas tingkatan 2 (2 UH & 2 UK) dan 1 kelas tingkatan 4 (4 UK). Apapun, Cikgu Ayu tak kisah...berilah kelas depan ke...kelas belakang ke...semuanya Cikgu Ayu terima tanpa banyak songeh. Dah nama pun cikgu, apa jua tugas yang diberikan pada kita, terimalah dan tunaikanlah sebaik mungkin!

Dalam dok nak mempersiapkan diri untuk mengajar, Cikgu Ayu jugak dok kalut nak uruskan hal anak-anak yang akan kembali bersekolah tahun depan ni. Anak yang sulung akan naik tahun 2...yang ke dua akan sambung tadika 5 tahun...alhamdulillah segala urusan pendaftaran telahpun Cikgu Ayu jelaskan....tunggu sekolah dibuka aje...masing-masing pun dah over excited nak bergaya dengan segala kelengkapan baru!

Semoga tahun hadapan, Cikgu Ayu akan dapat mempertingkatkan lagi produktiviti kerja dan dapat melaksanakan setiap tugasan yang diberi dengan sebaik mungkin...InsyaAllah