Thursday, January 21, 2010

Macam-macam Cerita Nak Dikongsi! -Cerita Part 1 : Dalam Lab


Salam kengkawan semua...lama btl CA tak update blog CA ni...maklumlah dah 3 minggu sekolah dibuka,awal-awal tahun macam ni memanglah kebizian terserlah! Banyak sangat citer yang CA nak kongsikan bersama untuk tatapan pembaca peminat CA macamle CA ni glamer sgt! rata-rata pelajar CA dah tau link blog CA ni, kemain wat promo lagi suh jengah sini tapi yang adooo......


Baik...CA nak mulakan dengan aktiviti bereksperimen yang mana CA telah lakukan dengan pelajar CA sejak minggu lepas. Macam-macam pesen dan gaya yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar CA. Nak tergelak pun ada, tapi yelah dah nama pun wat eksperimen, kenalah wat betul-betul.Kalau buat lebih kurang, nanti keputusan yang dapat tah hapa hapa pulak kan...so marilah kita layankan gambar-gambar yang sempat CA kandid paksa pelajar berlakon semasa eksperimen tu berlangsung...


Eksperimen Pertama 


To make bread by using yeast with the absence and presence of sugar


Yang ni eksperimen Biology Tingkatan 4. Kelas yang terlibat hanya kelas 4 Ummu Kalthum. Tahun ni CA hanya ngajar sekelas Bio. Maka pada hari yang telah dirancang, pelajar-pelajar CA pun mulalah buat eksperimen ni berdasarkan langkah-langkah yang telahpun CA bagitau....


 
Mula-mula timbang tepung gandum dulu....


 
Proses mencampurkan yeast kat tepung tadi

 
 Ni CA dok tunjuk cara nak menguli tepung



 
Haaa...ni time menguli tepung sampai jadi doh...masa ni terserlah ketidakpandaian bdk2 ni dalam bab-bab menguli...apa tah lagi nak buat kuih!hihihihiih


 
Aisehhh...melekat plak kat tangan! Group ni bape kali tah asyik menguli.....tak jadi-jadi...


 
Group ni dok kacau gula plak sebelum buat doh yang ke 2

Pelajar-pelajar CA walaupun semuanya pompuan, tapi time eksperimen ni lah diorang nak wat lawakla...wat kelakau la....nak tengok apa hasilnya???


 
Hah..dibuatnya plak bentuk love! Memain betul bebudak ni!

Setelah puas menguli-nguli tepung tu, maka dibiarkanlah doh tadi untuk mengembang..memang macam nak buat roti lah cara-caranya....ni nak tengok kesan mencampurkan gula pada doh sama ada makin kembang atau tidak...gambar pengembangan tak sempat CA nak snap sebab terlupa..dok kalut-kalut masa nak habis, CA suh pelajar-pelajar bawak balik ke kelas hasil usaha diorang tu...


Eksperimen Ke dua


To test for the different taste area


Yang ni plak Science Tingkatan 2. CA tahun ni macam tahun-tahun yang lepas jugak diamanahkan untuk mengajar dua kelas. 2 Ummu Habibah dan 2 Ummu Kalthum. Maka, CA pun mengarahkanla pelajar-pelajar membawa barang-barang berikut untuk menjayakan aktiviti ini......





Coffee solution, salt solution, sugar solution, vinegar
untuk test rasa masam, masin, manis dan pahit


Setelah CA terangkan apakah procedure yang perlu dilakukan, maka dengan penuh rasa gembira lagi keterujaan terserlah pelajar-pelajar CA pun mulalah buat aktiviti ni...


 
Aktiviti ni buat in pairs....so diorang kena take turn utk pastikan masing-masing kena rasa keempat-empat solution tadi...nganga luas-luas tau!


 
Malu-malu plak...apatah lagi tengok CA tengah snap aksi-aksi mereka

 

Bila rasa gula tu, oklah kot...tapi ramai yang dok kerut muka time rasa cuka tu...hihihihihi


Dan macam kebiasaannya, bila dah siap buat eksperimen ni, mestilah ada reportnya....biasanya CA akan arahkan pelajar-pelajar untuk sediakan lebih awal report tu...bila hari eksperimen cuma tulis observation/results dan discussion aje......


Kita nantikan apakah eksperimen selanjutnya ye! Tunggggguuu.....

2 orang beri respon:

tajnur said...

Salam!
Ini tentu CA nak tunjukkan kesan pengembangan sel2 roti apabila yeast berperanan memecahkan dinding2 sel dan membebaskan gas karbon dioksida dan tenaga dlm bentuk gula melalui respiration dlm Exp 1! Kesimpulannya, penambahan kandungan gula dalam adunan roti menyebabkan pengembangan sel2 roti. Tapi nak tanya sikit ler CA, 1. Adakah kesan ketara diantara aerobic respiration dan anaerobic respiration. 2. Kalau tak bubuh yeast, adakah expansion akan berlaku sebagaimana mrk membuat roti canai tanpa bubuh yeast?

Lead Sulphide said...

CA, ni fifi ni..
uwahh..nak masok gak lam pict 2.. x aci!

Post a Comment