Thursday, December 31, 2009

Dan..malam pun melabuhkan tirainya...




zwani.com myspace graphic comments
Hari ini hari terakhir 2009
Betapa cepatnya masa meninggalkan kita
Banyak kenangan terpahat dalam lipatan memori
Suka,duka,pahit,manis
Semua bersatu sebagai kenangan yang paling indah untuk dikenang
Andai diberi kesempatan lagi untuk terus bernafas di muka bumi ini
Pasti hanya yang indah-indah sahaja yang kita inginkan
Namun apa jua yang telah dan akan terjadi nanti
Terimalah dengan hati yang penuh redha
Kerana semuanya telah ditentukan qada' dan qadar

Hari ini penamat segala kisah ketidaksempurnaan
Hari esok masih ada untuk terus melangkah
Andai masih lagi diberi kesempatan
Mencatat perjalanan yang masih panjang
Serta melakar sesuatu yang dipanggil kenangan!

Dan...malampun melabuhkan tirainya....
 
SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010....
SEMOGA KALIAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA...

3 orang beri respon:

Anonymous said...

slmt tahun baru!

Sasha said...

rajinnya Ayu buat n maintain 2 blog... dua2 blog pun cantik sgt... ambik dr mana template ni?... nak jugak!!!!...

tajnur said...

Salam!
Dah labuh tirai, ahh ngantuknya tentu nak tidur kerana keletihan....

Post a Comment